Assalammualikum semua,
Lama juga post ini mengeram ya.
Sebenarnya, saya sedang cuba sekeras mungkin untuk menyiapkan kertas penyelidikan yang telah saya janjikan kepada penyelia saya. Walaubagaimana pun, ia masih dalam proses penulisan yang mana saya hanya berjaya selesaikan bahagian pendahuluan sahaja. Perlukah saya untuk menghantar hasil tersebut untuk menunjukkan kesungguhan saya untuk menyiapkan kertas penyelidikan tersebut?
Kebelakang ini, saya memang agak sibuk dengan kerja kerja sambilan yang memerlukan saya menghabiskan kurang lebih satu hari untuk persediaan sebelum kelas. Tambahan pula taska/tadika anak- anak yang tutup akibat perlu menjalankan aktiviti pembersihan berikutan ada beberapa pelajar yang tidak sihat terkena virus berjangkit.
Ramai yang bilang PHD ini is a lonely journey. Jika ditanya pendapat saya mengenai perkara ini, saya boleh katakan Ya! Tapi ia mengikut keadaan lah.
Mungkin ramai yang tidak memahami perasaan sesorang yang sedang membuat PHD. Ia bermain dengan emosi yang tinggi dan juga kesabaran yang maksimum. Ramai tidak menghargai masa kami yang di luangkan berjam jam lamanya membaca-menulis-menganalisis bahan. Semua perkara diletakkan dibahu kami untuk diuruskan. Tahulah kami tak ada punchin-punchout hal hal remeh semua perlu kami uruskan.
Ape-pun ini adalah coooOOoobaaAAAaaaaN dari yang maha Esa
Eh! cukuplah.
Nanti sambung lagi
No comments:
Post a Comment